Aktiviti menarik di Kemaman

Selamat datang ke Woha Homestay,

Kita tengok Penyu telor!
Terima kasih kerana memilih teratak buruk kami yang selesa dalam sederhana (kononnya), jika ini adalah kali pertama anda ke Kemaman, saya akan bantu anda untuk bersosial di sini. jangan fikir bukan bukan, riadah secara halal insyaallah.

Depan rumah ada koop mart, keperluan runcit boleh terus beli di sini, jalan kaki sahaja sudah sampai. nak berlari tiada siapa yang halang, jika jatuh gelak sendiri, woha!

Keluar dari Taman Perwaja, jelas kelihatan pintu gerbang sempadan Pahang Terengganu, jika anda susur keluar pintu gerbang, maka akan terlihat di sebelah kiri gerai-gerai menjual hasil laut yang segar dan baru di proses seperti keropok lekor, keropok goreng, otak-otak, satar, sotong kering dan lain-lain. Jarak dari Woha Homestay hanya dalam 500 meter. Sesekali sekal jogging apa salahnya?-woha!

Lori Kotor tak boleh masuk Terengganu!
Teruskan lagi perjalanan kearah Kuantan, lebih kurang 1 km,  anda akan sampai ke Pantai Chendor.  Selamat melihat matahari terbit dari ufuk laut. Di sini, anda boleh bawak anak bini main pasir, main air, dan makan angin sebab laut cina selatan anginnya sedap di ‘makan’, (puch line tak sampai, hu hu hu),

Teruskan lagi perjalan arah kuantan, 4km dari Homestay kami, anda boleh jumpa restoran masakan ibu, masakan pagi sedap, masakan campur waktu tengah hari pun sedap, makan malam pun sedap, nak rasa selera timur, sinilah tempat cadangan kami. tukang masak orang Kelantan, kedai di Pahang, homestay di Terengganu, cukup pekej pantai timur! woha!
(sedap ni subjektif-ikut tekak orang lah, hu.hu..)

Ok teruskan lagi perjalanan anda, dalam 9 km, boleh jumpa Pusat Ternakan Penyu, bab kata salim Iklim: ‘kita tengok penyu telor!”, dekat dengan club mad, 
Adik ni nak ajak tengok penyu ke? nak jual buku?
dan teruskan lagi, jarak 11km dari woha homestay, tibalah di pantai Cherating yang terkenal dengan pantainya yang indah, dan -sila google sendiri- okey,
Pantai Cherating yang luas kawasan tanahnya
Dah jauh berjalan ke sempadan Pahang, patah balik, patah balik!, dan mahukah anda nikmati satar paling terkenal di kemaman?, singgahlah di Restoran Aziz Satar, hanya 4km dari homestay kami, area situ juga ada jual cengkerang, kuda laut dan pelbagai lagi, orang memang ramai dan jika malas nak tunggu, area situ memang banyak kedai lain, boleh pusing pusing cari. jika teruskan perjalan di hadapan Gerai Aziz Satar tadi, dalam 1.5 km, nampak masjid hijau,  belok kiri, kat sini ada restoran best. namanya, Restoran Selera Kampung, tepi sungai, parking luas dan free, serta ada sotong, udang dan budu, perghhhh. jarak dari homestay kami 5.5 km sahaja.
Sebelum Gerai Aziz Satar, ada kedai jual benda alah ni

Jenuh tunggu kereta takde untuk ambik gambar, selalu ada orang datang parking-Gerai Aziz Satar
Depan masjin ni seberang jalan tepi sungai ada Restoran selera kampung

menu tahun 2015
Tempat parking yang luas-Selera Kampung
Keluar balik simpang tadi, ambil kanan korang akan tiba di pelabuhan  kuala kemaman. inilah tempat lagu iklim cakap,

tagak ikang kuala kemamang,
petang petang buat keropok geter,
ramai orang atah gere
maing dang dua tiga papang
dok sedor sapa ke malang
kedai payang jual budu belacang
batik tembaga dang macang macang!.”
Menyanyilah pulak, adohai.

Patah balik dari Kuala Kemaman, dari homestay kami akan tibalah anda ke pantai teluk Mak Nik atau Monica Bay. Dekat dengan dengan institut tadbiran awam malaysia (INTAN) kat sini selain pantai yang cantik, ada trak lumba untuk geng motor katanya, pernah geng motor dari KL bermalam di homestay kami sebab nak rasa gelanggang rider dekat pantai ini, so jika korang ada motor kuasa tinggi, boleh test power kat sini, kemudahan lain di sini adalah  wakaf, kiosk perniagaan, tandas awam dan taman permainan kanak-kanak serta  tempat sukan, di sini memang menjadi tumpuan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah.  Pokoknya banyak yang berdaun rendang, jika bawa tikar lepak sambil makan keropok, memang rare!

Di khabarkan, pantai Teluk Mak Nik juga merupakan lokasi tumpuan penyu bertelur bermula dari mac hingga oktober. spesies penyu yang biasa naik ke Pantai Teluk Mak Nik ialah Penyu Ikon Ninja Turtles, iatu penyu agar atau dikenali 'green turtle'. Kat sini juga boleh mencuba otok-otok, sata dan keropok, makanan terengganu yang kaya dengan ikan.

Ok, nak ke mana pulak Tuan Puan? Eh? jangan korang tak percaya di Kemaman Darul Iman ada Panggung Wayang, Bowling, dan Karaoke, agak jauh dari Homestay kami iatu 32 km menghala ke Kuala Terengganu, semuanya bertempat dalam Mesra Mall, dah dekat dengan Kerteh tempat pelantar minyak yang cantik pemandangan kilang bersama lambakan cahaya api seperti pesta lilin gergasi di waktu malam.

Dekat mesra mall ada macam macam kiosk barang-barang berjenama untuk membeli belah, sebelum sampai sana, iaitu 30km dari homestay kami, anda boleh singgah di pasaraya Giant. dan sebelum pasara raya Giant tu, lebih kurang 25 km dari homestay kami, adalah tempat tersohor menjual lemang di terengganu, orang sini panggil “lemang kijal”, rm10 4 batang, guna dialek tempatan, boleh dapat, hihi.

“nok lemang sepuluh rial pak batang!”

 Loghat macam tu password dia.  undur lagi dari situ, nampak kilang besi besar macam perwaja, lepas tu masuk ikut KSB, dan boleh singgah ke pantai telaga simpul, makan tengah hari masakan panas tepi teluk dengan pandangan laut dan angin yang sempoi bahasaloghat terengganung, indah sungguh, sini juga ada kedai runcit, wakaf dan taman permainan kanak-kanak, bawak tikar lepak bawah pokok pun best sebab sini pokoknya besar dan berdaun rendang, tandas awam juga ada di sini. jarak dari homestay kami ke sini adalah 24km.

Patah balik, dah jauh sangat tu, tiba kembali ke Kemaman, dan boleh tanya orang di mana zoo kemaman yang ada harimau, zirafah dan binatang liar yang lain, boleh tanya orang ramai jugak jika nak tengok kunang kunang (kelip-kelip) waktu magrib yang tak jauh dari Zoo Kemaman. Tapi jangan pergi waktu malam mengambang kerana bulan terang, jadi kelip-kelip tidak banyak yang keluar. cahaya merupakan gangguan kepada mereka termasuklah asap. nak tahu jantina kelip-kelip, tengok keterangan cahayanya. kerlipan jantan lebih terang berbanding betina tetapi cahaya yang paling terang itu datangnya daripada dua kelip-kelip yang sedang mengawan. Now you know. selepas proses mengawan, kelip-kelip jantan akan mati manakala sang betina mati selepas bertelur. sebelum berubah menjadi kelip-kelip dewasa, ia perlu melalui tiga kitaran bermula daripada telur, larva dan pulpa. proses ini memakan masa selama tiga bulan tetapi selepas menjadi dewasa, ia hanya boleh hidup selama 10 hari.life like this,

Lupakan kelip kelip, kembali ke pantai Mok Nik, jika ada rezeki, boleh tengok penyu naik untuk bertelur sebanyak lapan hingga 10 kali dalam setahun. Tapi penyu adalah sangat sensitif terhadap pergerakan. Sebab itu sebelum ia naik ke darat untuk bertelur, ia akan meninjau dahulu kawasan yang ingin dinaiki. walaupun telah separuh perjalanan di atas pasir pantai, penyu tidak teragak-agak untuk berpatah balik ke dalam air jika terlihat pergerakan yang mencurigakan. cahaya lampu suluh juga telah ditetapkan (rujuk Ranger penunjuk jalan) ketika melihat penyu bertelur. Paling penting adalah untuk tidak berdiri di depan muka penyu ketika bertelur. ia akan mengganggu kelancaran bertelur, malah boleh membuatkan penyu ‘merajuk’ dan tidak mahu kembali ke pantai yang sama. now you know again.

Habiskan trip lawatan ini kerana penyu sedang menangis, terima kasih datang ke Woha Homestay kami,

Semoga Woha Sampai Syurga.


Rujukan: 9 Km - Pantai Cherating, 1.8 Km - Pantai Chendor, 3 Km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur, 2.6 Km - Masjid Besar Geliga Kemaman, 2.7 Km - Hentian Bas Ekspress , 0.5 Km - Gerai-Gerai Menjual Hasil Laut ( Keropok Lekor, Otak-Otak, Satar, Etc), 6.1 Km - Ranaco Training Centre-RTC, 12 Km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME, 4.5 Km - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman-KKTM, 5.7 Km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC, 7.2 Km - Hospital Besar Chukai Kemaman,5.6 Km - NIOSH Kemaman,5.5km - Bank Cimb, Maybank, Rhb, Sengheng, Bank Islam.,7.6 Km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK, 5.5 Km - Pusat Bandar Chukai Kemaman. Untuk Tanah Perkuburan Islam, Boleh Pergi Kuala Kemaman. 

Kita Servey dulu!

Ada orang call, nak masuk homestay tapi nak servey dulu..

Saya yang di luar kawasan, just sent gambar ini.

Kira servey lah ni.

:)

Alhamdulliah, pelanggan setuju.

Terima kasih.




MAKLUMAN

Bermula 12 DEC 2015, Homestay kami di naikkan RM10

Sebelum RM 140.

Terkini  RM 150

Kami juga memperkanlkan sewa mingguan; RM800

Bulan RM1800 dan deposit api air RM300

Ps: sekiranya bil api air kurang RM300, bakinya akan dipulangkan, jika lebih, cas tambahan di kenakan.

Makluman sebelum tempah.

Untuk makluman, Homestasy kami telah penuh sehingga 12 dec 2015- terima kasih.

Terima kasih kepada Puan Zahimah sekeluarga



Option2Resources has left a new comment on your post "Komen / Cadangan": 

Menginap di Woha Homestay dari 30hb Oktober sehingga 01hb November 2015. Woha Homestay adalah yang terbaik bagi kami sekeluarga. Lokasi yang strategic dan homestay ini menepati pilihan kami sekeluarga. Bersih (homestay yang paling bersih pernah saya tinggal kerana sebagai travel agent, personally saya buat kajian dan catitan dalam setiap homestay yg saya menginap) , teratur dan complete untuk sesebuah keluarga. Semua ada except washing machine. Malahan tuala mandi (yang lebih baik kualitinya dari motel yang saya pernah uruskan di Langkawi) dan juga sabun mandi disediakan. Peralatan memasak asas , dapor, mini-bar, electric kettle ada disediakan. Yang pastinya, saya dan keluarga akan datang lagi ke Woha Homestay dan tidak teragak2 untuk recommend kepada saudara mara dan kawan2.

Link asal

Ps: Oleh kerana kami telah mendapat tempahan selama 30 hari oleh pelajar jururawar seramai 7 orang, maka minggu hadapan pihak kami akan memasukkan mesin basuh ke dalam Homestay kami, Terima kasih atas cadangan dan komen anda.

Siang dan Malam Di Terengganu



Lori Bauksit tidak boleh masuk Kemaman



Cuba baca papan tanda merah tu, nampaknya terpaksa patah balik sebab tumpang lori Bauksit,
Eh? woha Homestay hanya 300 meter dari sini, jalan kaki 4 minit sampai.
Horay!

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating.


“Salam, En Woha, jauh tak Homestay anda dengan Pusat ternakan Penyu?”

 “Kejap saya check google map, ok, jarak dari Homestay kami ke Pusat ternakkan penyu Cherating, 8km,lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta.”

 “Boleh tak kami Laki Bini nak servey dulu Homestay en Woha?”

 “Hmm, Homestay kami tak lah sehebat hotel, hanya rumah teres biasa tiga bilik, dua tandas, dan kemudahan asas simple, kami boleh hantar gambar jika tuan nak tengok, jika berkenan kami book tarikh, jika tak, encik boleh batalkan, harga RM140 semalaman” 

“Ok, jika begitu kira jadilah”

 “Woha!”

 Ps: Kami merendah diri kerana memang Homestay kami tidaklah sehebat Homestay lain, hu.., hu..,

Note:
Santuari Penyu Cherating adalah sebuah tempat khusus untuk memberi perlindungan dan pengurusan penyu yang bersistematik.Terletak di pesisir Pantai Chendor, Cherating, Santuari Penyu meliputi kawasan seluas 0.3 hektar dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri. Santuari ini menyediakan tempat mendarat bagi penyu-penyu pada bulan April hingga Ogos disamping sebuah pusat penerangan untuk pelawat-pelawat.

Woha Home Stay- Kemaman

Selamat datang ke Woha Home Stay


kita Njoy!
Bilik Utama-ada Aircond
Ada Kipas Siling juga
Bilik Ke 2- Ada Kipas berdiri, Papan Seterika dan Striker



Bilik Ke tiga-Kipas Berdiri

Bawah katil ada Tilam Tambahan-Boleh berguling Laki Bini

Dapur-Peti Mini dan Pemasak air

Meja Makan 4 Kerusi
Ada Kipas siling untuk menyamankan lauk pauk


Ruang Tamu juga ada Kipas Siling

Karpet simple untuk Laki dan anak Bini berguling

Boleh bergolek dari ruang tamu ke dapur
Buaian untuk mereka yang ada anak kecil

Selain Seterika duduk, Seterika berdiri pun kami sediakan




Woha HomeStay terletak Di Taman Perwaja,
Kemaman, Terengganu. Sebuah Rumah teres setingkat 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Terdapat ruang parking yang luas di hadapan rumah. (Rumah depan parking lot)

Lokasi:
Berhampiran pintu gerbang Sempadan Terengganu - Pahang

Alamat : AC 8, Taman Perwaja, Geliga,
24000 Kemaman, Terengganu. 

Kemudahan: -
Bilik 1- Set Katil Queen, kipas syiling dan penghawa dingin(aircond).

Bilik 2 - Set Katil Queen dan Kipas berdiri.

Bilik 3 - Bilik dan katil bujang,seterika & papan seterika serta kipas berdiri

Lain-Lain
- Meja Makan 4 kerusi
- TV & Astro NJOI
- Peti Ais mini
- Set kerusi ruang tamu
- Electric Kettle
- Buaian untuk Bayi
- Dapur Gas
- Mesin Basuh

Lokasi berdekatan:-
Berhampiran Homestay

9    km - Pantai Cherating
1.8 km - Pantai Chendor
2    km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur
2.6 km - Masjid Besar Geliga Kemaman
2.7 km - Hentian Bas Ekspress Kemaman
0.5 km - gerai-gerai menjual hasil laut ( keropok lekor,
otak-otak, satar, etc)


Pusat pengajian berdekatan:

6.1 km - Ranaco Training Centre-RTC
12 km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME
4.5 km - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman-KKTM
5.7 km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC

Pusat Perkhidmatan Awam dan Swasta berdekatan:

7.2 km - Hospital Besar Chukai Kemaman
5.6 km - Niosh Kemaman
5.5km - Bank Cimb, Maybank, RHB, Sengheng, Bank Islam.
7.6 km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK
5.5 km - Pusat bandar Chukai Kemaman
16.8km- Mini Zoo Kemaman

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
En Hamdan - 019-9117163
Puan Hani- 019-9227963
*Sila whatsapp jika panggilan tidak dijawab


Kadar Sewa 
RM150 semalam
RM50 Deposit kunci (akaun bank dimaklumkan
melalui telefon/SMS/whatsapp)



Check in : 2 ptg
Check out : 12tgahri

Lokasi berdekatan

Berhampiran Homestay

9    km - Pantai Cherating
8    km - Pusat Pembiakan Penyu Cherating
1.8 km - Pantai Chendor
2    km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur
2.6 km - Masjid Besar Geliga Kemaman
2.7 km - Hentian Bas Ekspress Kemaman
0.5 km - gerai-gerai menjual hasil laut ( keropok lekor,
otak-otak, satar, etc)
4   km-   Restoran Masakan Ibu RC (Sarapan pagi, tgh, malam)
4   km -  Restoran Aziz Satar ( Satar paling legend)
5   km -  Restoran Selera Kampung (tepi sungai Kuala Kemaman)


Pusat pengajian berdekatan:

6.1 km - Ranaco Training Centre-RTC
12 km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME
4.5 km - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman-KKTM
5.7 km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC

Pusat Perkhidmatan Awam dan Swasta berdekatan:

7.2 km - Hospital Besar Chukai Kemaman
5.6 km - Niosh Kemaman
5.5km - Bank Cimb, Maybank, RHB, Sengheng, Bank Islam.
7.6 km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK
5.5 km - Pusat bandar Chukai Kemaman
16.8km- Mini Zoo Kemaman

xxx

50 min- Ke Kuantan
20min-  Gebeng Kuantan
20 min- Pelabuhan Kuantan
40  min-  Balok
25 min-  Lebuh Raya LPT-Masuk ikut Sungai Ular.

Siaran TV & Radio njoi

Di Rumah Tamu kami, ada pekej siaran njoi untuk hiburan seisi keluarga:

·        iNJOI - 100
·        TV1 - 101
·        TV2 - 102
·        TV3 – 103
·        TV Alhijrah - 114
·        Astro Oasis- 106
·        Astro Prima - 105
·        ntv7 - 107
·        8TV-708
·        TV9 - 119
·        TVi – 180
·        Astro Maya HD - 135
·        Astro AEC - 301
·        Astro Awani – 501
·        Bernama TV - 502
·        Astro GO Shop - 118
·        Astro Tutor TV UPSR - 601
·        Astro Tutor TV PT3 - 602
·        Astro Tutor TV SPM – 603
·        iView - 302
·        Celestial Classic Movies - 321
·        CCTV4 - 334
·        Astro Vaanavil - 201
·        Astro Xi Yue HD - 300
·        iView - 302
·        Kah Lai Toi – 304
·        Go Asean HD - 737


·        Classic Rock - 860
·        Era FM - 856
·        Gold - 816
·        hitz.fm - 852
·        India Beat - 864
·        Jazz - 865
·        LiteFM - 854
·        Melody FM - 858
·        Mix FM - 855
·        MY FM - 853
·        Nasional FM - 869
·        Opus - 862
·        Osai - 866
·        Radio Bayu - 867
·        Radio Kenyalang - 868
·        Sabah VFM - 870
·        Sinar FM - 857
·        THR Gegar - 863
·        THR Ragga - 859
·        Wai FM - 871