Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating.


“Salam, En Woha, jauh tak Homestay anda dengan Pusat ternakan Penyu?”

 “Kejap saya check google map, ok, jarak dari Homestay kami ke Pusat ternakkan penyu Cherating, 8km,lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta.”

 “Boleh tak kami Laki Bini nak servey dulu Homestay en Woha?”

 “Hmm, Homestay kami tak lah sehebat hotel, hanya rumah teres biasa tiga bilik, dua tandas, dan kemudahan asas simple, kami boleh hantar gambar jika tuan nak tengok, jika berkenan kami book tarikh, jika tak, encik boleh batalkan, harga RM140 semalaman” 

“Ok, jika begitu kira jadilah”

 “Woha!”

 Ps: Kami merendah diri kerana memang Homestay kami tidaklah sehebat Homestay lain, hu.., hu..,

Note:
Santuari Penyu Cherating adalah sebuah tempat khusus untuk memberi perlindungan dan pengurusan penyu yang bersistematik.Terletak di pesisir Pantai Chendor, Cherating, Santuari Penyu meliputi kawasan seluas 0.3 hektar dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri. Santuari ini menyediakan tempat mendarat bagi penyu-penyu pada bulan April hingga Ogos disamping sebuah pusat penerangan untuk pelawat-pelawat.

No comments:

Post a Comment