Selamat datang ke Woha Homestay,
Kita tengok Penyu telor! |
Terima kasih kerana memilih teratak buruk kami yang selesa
dalam sederhana (kononnya), jika ini adalah kali pertama anda ke Kemaman, saya
akan bantu anda untuk bersosial di sini. jangan fikir bukan bukan, riadah
secara halal insyaallah.
Depan rumah ada koop mart, keperluan runcit boleh terus beli
di sini, jalan kaki sahaja sudah sampai. nak berlari tiada siapa yang halang,
jika jatuh gelak sendiri, woha!
Keluar dari Taman Perwaja, jelas kelihatan pintu gerbang
sempadan Pahang Terengganu, jika anda susur keluar pintu gerbang, maka akan
terlihat di sebelah kiri gerai-gerai menjual hasil laut yang segar dan baru di
proses seperti keropok lekor, keropok goreng, otak-otak, satar, sotong kering
dan lain-lain. Jarak dari Woha Homestay hanya dalam 500 meter. Sesekali sekal
jogging apa salahnya?-woha!
Lori Kotor tak boleh masuk Terengganu! |
Teruskan lagi perjalanan kearah Kuantan, lebih kurang 1
km, anda akan sampai ke Pantai
Chendor. Selamat melihat matahari terbit
dari ufuk laut. Di sini, anda boleh bawak anak bini main pasir, main air, dan
makan angin sebab laut cina selatan anginnya sedap di ‘makan’, (puch line tak
sampai, hu hu hu),
Teruskan lagi perjalan arah kuantan, 4km dari Homestay kami,
anda boleh jumpa restoran masakan ibu, masakan pagi sedap, masakan campur waktu
tengah hari pun sedap, makan malam pun sedap, nak rasa selera timur, sinilah
tempat cadangan kami. tukang masak orang Kelantan, kedai di Pahang, homestay di
Terengganu, cukup pekej pantai timur! woha!
(sedap ni subjektif-ikut tekak orang lah, hu.hu..) |
Ok teruskan lagi perjalanan anda,
dalam 9 km, boleh jumpa Pusat Ternakan Penyu, bab kata salim Iklim: ‘kita
tengok penyu telor!”, dekat dengan club mad,
Adik ni nak ajak tengok penyu ke? nak jual buku? |
dan teruskan lagi, jarak 11km dari
woha homestay, tibalah di pantai Cherating yang terkenal dengan pantainya yang
indah, dan -sila google sendiri- okey,
Pantai Cherating yang luas kawasan tanahnya |
Dah jauh berjalan ke sempadan
Pahang, patah balik, patah balik!, dan mahukah anda nikmati satar paling
terkenal di kemaman?, singgahlah di Restoran Aziz Satar, hanya 4km dari homestay
kami, area situ juga ada jual cengkerang, kuda laut dan pelbagai lagi, orang
memang ramai dan jika malas nak tunggu, area situ memang banyak kedai lain,
boleh pusing pusing cari. jika teruskan perjalan di hadapan Gerai Aziz Satar tadi,
dalam 1.5 km, nampak masjid hijau, belok
kiri, kat sini ada restoran best. namanya, Restoran Selera Kampung, tepi
sungai, parking luas dan free, serta ada sotong, udang dan budu, perghhhh.
jarak dari homestay kami 5.5 km sahaja.
Sebelum Gerai Aziz Satar, ada kedai jual benda alah ni |
Jenuh tunggu kereta takde untuk ambik gambar, selalu ada orang datang parking-Gerai Aziz Satar |
Depan masjin ni seberang jalan tepi sungai ada Restoran selera kampung |
menu tahun 2015 |
Tempat parking yang luas-Selera Kampung |
Keluar balik simpang tadi, ambil
kanan korang akan tiba di pelabuhan
kuala kemaman. inilah tempat lagu iklim cakap,
“tagak ikang kuala kemamang,
petang petang buat keropok geter,
ramai orang atah gere
maing dang dua tiga papang
dok sedor sapa ke malang
kedai payang jual budu belacang
batik tembaga dang macang macang!.”
Menyanyilah pulak, adohai.
Patah balik dari Kuala Kemaman, dari homestay kami akan
tibalah anda ke pantai teluk Mak Nik atau Monica Bay. Dekat dengan dengan
institut tadbiran awam malaysia (INTAN) kat sini selain pantai yang cantik, ada
trak lumba untuk geng motor katanya, pernah geng motor dari KL bermalam di
homestay kami sebab nak rasa gelanggang rider dekat pantai ini, so jika korang
ada motor kuasa tinggi, boleh test power kat sini, kemudahan lain di sini
adalah wakaf, kiosk perniagaan, tandas
awam dan taman permainan kanak-kanak serta
tempat sukan, di sini memang menjadi tumpuan pengunjung apabila tiba
musim cuti sekolah. Pokoknya banyak yang
berdaun rendang, jika bawa tikar lepak sambil makan keropok, memang rare!
Di khabarkan, pantai Teluk Mak Nik juga merupakan lokasi
tumpuan penyu bertelur bermula dari mac hingga oktober. spesies penyu yang
biasa naik ke Pantai Teluk Mak Nik ialah Penyu Ikon Ninja Turtles, iatu penyu
agar atau dikenali 'green turtle'. Kat sini juga boleh mencuba otok-otok, sata dan
keropok, makanan terengganu yang kaya dengan ikan.
Ok, nak ke mana pulak Tuan Puan? Eh? jangan korang tak percaya
di Kemaman Darul Iman ada Panggung Wayang, Bowling, dan Karaoke, agak jauh dari
Homestay kami iatu 32 km menghala ke Kuala Terengganu, semuanya bertempat dalam
Mesra Mall, dah dekat dengan Kerteh tempat pelantar minyak yang cantik
pemandangan kilang bersama lambakan cahaya api seperti pesta lilin gergasi di
waktu malam.
Dekat mesra mall ada macam macam kiosk barang-barang
berjenama untuk membeli belah, sebelum sampai sana, iaitu 30km dari homestay
kami, anda boleh singgah di pasaraya Giant. dan sebelum pasara raya Giant tu,
lebih kurang 25 km dari homestay kami, adalah tempat tersohor menjual lemang di
terengganu, orang sini panggil “lemang kijal”, rm10 4 batang, guna dialek
tempatan, boleh dapat, hihi.
“nok lemang sepuluh rial pak batang!”
Loghat macam tu
password dia. undur lagi dari situ,
nampak kilang besi besar macam perwaja, lepas tu masuk ikut KSB, dan boleh
singgah ke pantai telaga simpul, makan tengah hari masakan panas tepi teluk
dengan pandangan laut dan angin yang sempoi bahasaloghat terengganung, indah
sungguh, sini juga ada kedai runcit, wakaf dan taman permainan kanak-kanak,
bawak tikar lepak bawah pokok pun best sebab sini pokoknya besar dan berdaun
rendang, tandas awam juga ada di sini. jarak dari homestay kami ke sini adalah
24km.
Patah balik, dah jauh sangat tu, tiba kembali ke Kemaman, dan
boleh tanya orang di mana zoo kemaman yang ada harimau, zirafah dan binatang liar
yang lain, boleh tanya orang ramai jugak jika nak tengok kunang kunang (kelip-kelip)
waktu magrib yang tak jauh dari Zoo Kemaman. Tapi jangan pergi waktu malam
mengambang kerana bulan terang, jadi kelip-kelip tidak banyak yang keluar.
cahaya merupakan gangguan kepada mereka termasuklah asap. nak tahu jantina
kelip-kelip, tengok keterangan cahayanya. kerlipan jantan lebih terang
berbanding betina tetapi cahaya yang paling terang itu datangnya daripada dua
kelip-kelip yang sedang mengawan. Now you know. selepas proses mengawan,
kelip-kelip jantan akan mati manakala sang betina mati selepas bertelur.
sebelum berubah menjadi kelip-kelip dewasa, ia perlu melalui tiga kitaran
bermula daripada telur, larva dan pulpa. proses ini memakan masa selama tiga
bulan tetapi selepas menjadi dewasa, ia hanya boleh hidup selama 10 hari.life
like this,
Lupakan kelip kelip, kembali ke pantai Mok Nik, jika ada
rezeki, boleh tengok penyu naik untuk bertelur sebanyak lapan hingga 10 kali
dalam setahun. Tapi penyu adalah sangat sensitif terhadap pergerakan. Sebab itu
sebelum ia naik ke darat untuk bertelur, ia akan meninjau dahulu kawasan yang
ingin dinaiki. walaupun telah separuh perjalanan di atas pasir pantai, penyu
tidak teragak-agak untuk berpatah balik ke dalam air jika terlihat pergerakan
yang mencurigakan. cahaya lampu suluh juga telah ditetapkan (rujuk Ranger penunjuk
jalan) ketika melihat penyu bertelur. Paling penting adalah untuk tidak berdiri
di depan muka penyu ketika bertelur. ia akan mengganggu kelancaran bertelur,
malah boleh membuatkan penyu ‘merajuk’ dan tidak mahu kembali ke pantai yang
sama. now you know again.
Habiskan trip lawatan ini kerana penyu sedang menangis,
terima kasih datang ke Woha Homestay kami,
Semoga Woha Sampai Syurga.
Rujukan: 9 Km - Pantai Cherating, 1.8 Km - Pantai Chendor, 3
Km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur, 2.6 Km - Masjid Besar Geliga
Kemaman, 2.7 Km - Hentian Bas Ekspress , 0.5 Km - Gerai-Gerai Menjual Hasil
Laut ( Keropok Lekor, Otak-Otak, Satar, Etc), 6.1 Km - Ranaco Training Centre-RTC,
12 Km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME, 4.5 Km - Kolej Kemahiran Tinggi
Mara Kemaman-KKTM, 5.7 Km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC, 7.2 Km -
Hospital Besar Chukai Kemaman,5.6 Km - NIOSH Kemaman,5.5km - Bank Cimb,
Maybank, Rhb, Sengheng, Bank Islam.,7.6 Km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis
Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK, 5.5 Km - Pusat Bandar Chukai Kemaman. Untuk
Tanah Perkuburan Islam, Boleh Pergi Kuala Kemaman.
No comments:
Post a Comment