Beli rumah dulu atau kereta dulu?

Tanya orang muda pada pakcik keretamayat. Pakcikpun kenang kembali kenangan dua puluh tahun yang lalu.
Ok pakcik bujang masa tu, kerja kilang besi di Kemaman, gaji masa tu RM 1600, tahun 1999, duit gaji nak beli apa?
Boleh beli rumah, bulanan rm400 dapat rumah teres, atau beli kereta baru, bulanan rm700. Tapi adalah kena bayar down payment dalam RM3000 macam tu.
Ramai kawan pakcik beli kereta, sebab awek suka pada pakwe ada kereta, pakcik masa tu naik RXZ buruk, guna biasisawa JPA, harga RM2000 zaman belajar. Nak mengurat awek tu boleh, tapi nak ajak naik, haram pulak, jadi pakcik beli kereta buruk tak ada air cond, Cash. RM2300. Tak ada bayaran bulanan. Langsung awek tak pandang! Adohai…
Jadi belum ada apa apa komitment, belum ada awek, pakcik beli rumah teres. Duduk rumah sendiri. Ntah siapa yang ajar pakcik buat tindakan bijak macam tu tak tahulah, zaman tu bukannya ada internet, kira kebijaksaan terbit sendiri macam tu. Semua rezeki dari Allah, Alhamdulillah.
Lepas tu pakcik teruskan kerja kerja mengorat guna kereta buruk tak ada aircond, mujur ada yang terpikat, dan pakcik ajak dia kahwin, terkejut dia kahwin dengan pakcik sebab walau kereta buruk tapi bukan duduk rumah sewa. Kagum sungguh dia.
Lepas kahwin walau tak bunting pelamin, tak lama lepas tu elok dia mengandung, memikirkan betapa kesian kat baby dalam perut panas naik kereta buruk tak ada air cond, pakcik jual kereta buruk tu RM2000, dan beli kereta proton Wira Second hand jugak, tak mampu nak beli kereta baru, janji ada air cond.
Kereta Proton memang terkenal dengan Aircondnya yang sejuk, jika lupa tutup, air liur dalam mulutpun bertukar jadi air batu, memang sejuk gila. Tahniah Tun! Ha ha.
Dah lama kahwin, rezeki bertambah, pakcik dah rasa sempit duduk rumah teres tengah, jadi pakcik beli rumah teres tepi pulak di Kuantan, ada banyak tingkap sikit, bagi angin masuk banyak sikit, beli tahun 2008 macam tu, harga RM100 ribu, bulanan RM600, ok lah anak masa tu dah tiga kot. So rumah lama tu pakcik buat Homestay, lokasi di Kemaman. Bini pun nak pakai kereta jadi beli lagi satu kereta Kancil.
Bila anak dah ramai, naik kereta dah penuh, pakcik jual Kancil, beli MPV, lepas tu jual Wira, beli Axia, simple jer hidup ni, dan lepas tu beli tanah, dan buat rumah impian yang kecil di tepi hutan. Hiduplah aman bahagia sewaktu umur dah senja begini, Maklumlah Dah masuk 40 tahun.
Rumah lama di Kuantan dan Kemaman mula mula buat bisnes Homestay, tapi bisnes ni ada masa maju ada masa rugi, jadi bila banyak rugi, pakcik bagi sewa full perabot kedua duanya. Tak untung besar tak apa, janji bulanan bank, penyewa yang bayar, belajar jadi kapatalis sikit. huhuhu.
Namun ujian datang jugak, semalam penyewa kamaman call nak berhenti menyewa, nak balik duit deposit, sebab dia dah dapat kerja baru di Kerteh. Jadi pakcik nak mintak tolong, jika ada orang nak cari rumah sewa rumah teres full perabot area Kemaman dekat dengan warung Aziz Satar dan pantai Mok nik Monica Bay, boleh call pakcik, mesin basuh, Astro Njoy, Bilik air cond, dapur, peti ais, semua ada!
Harga RM800 sahaja sebulan, tapi boleh bincang lagi tu jika korang pernah baca buku pakcik, so whatapp, telegram, atau hantar burung merpati ke 0199117163.
Akhir kata, beli kereta atau beli rumah? Mana dulu?
Sewa rumah pakcik dulu, lepas tu baru fikir.
Woha!
Ps: Kepada friend yang kenal penduduk Kemaman, mohon share. Rumah area Taman Perwaja. Tiga bilik tidur, dua bilik air. Semua perabot lengkap.