Beli rumah dulu atau kereta dulu?

Tanya orang muda pada pakcik keretamayat. Pakcikpun kenang kembali kenangan dua puluh tahun yang lalu.
Ok pakcik bujang masa tu, kerja kilang besi di Kemaman, gaji masa tu RM 1600, tahun 1999, duit gaji nak beli apa?
Boleh beli rumah, bulanan rm400 dapat rumah teres, atau beli kereta baru, bulanan rm700. Tapi adalah kena bayar down payment dalam RM3000 macam tu.
Ramai kawan pakcik beli kereta, sebab awek suka pada pakwe ada kereta, pakcik masa tu naik RXZ buruk, guna biasisawa JPA, harga RM2000 zaman belajar. Nak mengurat awek tu boleh, tapi nak ajak naik, haram pulak, jadi pakcik beli kereta buruk tak ada air cond, Cash. RM2300. Tak ada bayaran bulanan. Langsung awek tak pandang! Adohai…
Jadi belum ada apa apa komitment, belum ada awek, pakcik beli rumah teres. Duduk rumah sendiri. Ntah siapa yang ajar pakcik buat tindakan bijak macam tu tak tahulah, zaman tu bukannya ada internet, kira kebijaksaan terbit sendiri macam tu. Semua rezeki dari Allah, Alhamdulillah.
Lepas tu pakcik teruskan kerja kerja mengorat guna kereta buruk tak ada aircond, mujur ada yang terpikat, dan pakcik ajak dia kahwin, terkejut dia kahwin dengan pakcik sebab walau kereta buruk tapi bukan duduk rumah sewa. Kagum sungguh dia.
Lepas kahwin walau tak bunting pelamin, tak lama lepas tu elok dia mengandung, memikirkan betapa kesian kat baby dalam perut panas naik kereta buruk tak ada air cond, pakcik jual kereta buruk tu RM2000, dan beli kereta proton Wira Second hand jugak, tak mampu nak beli kereta baru, janji ada air cond.
Kereta Proton memang terkenal dengan Aircondnya yang sejuk, jika lupa tutup, air liur dalam mulutpun bertukar jadi air batu, memang sejuk gila. Tahniah Tun! Ha ha.
Dah lama kahwin, rezeki bertambah, pakcik dah rasa sempit duduk rumah teres tengah, jadi pakcik beli rumah teres tepi pulak di Kuantan, ada banyak tingkap sikit, bagi angin masuk banyak sikit, beli tahun 2008 macam tu, harga RM100 ribu, bulanan RM600, ok lah anak masa tu dah tiga kot. So rumah lama tu pakcik buat Homestay, lokasi di Kemaman. Bini pun nak pakai kereta jadi beli lagi satu kereta Kancil.
Bila anak dah ramai, naik kereta dah penuh, pakcik jual Kancil, beli MPV, lepas tu jual Wira, beli Axia, simple jer hidup ni, dan lepas tu beli tanah, dan buat rumah impian yang kecil di tepi hutan. Hiduplah aman bahagia sewaktu umur dah senja begini, Maklumlah Dah masuk 40 tahun.
Rumah lama di Kuantan dan Kemaman mula mula buat bisnes Homestay, tapi bisnes ni ada masa maju ada masa rugi, jadi bila banyak rugi, pakcik bagi sewa full perabot kedua duanya. Tak untung besar tak apa, janji bulanan bank, penyewa yang bayar, belajar jadi kapatalis sikit. huhuhu.
Namun ujian datang jugak, semalam penyewa kamaman call nak berhenti menyewa, nak balik duit deposit, sebab dia dah dapat kerja baru di Kerteh. Jadi pakcik nak mintak tolong, jika ada orang nak cari rumah sewa rumah teres full perabot area Kemaman dekat dengan warung Aziz Satar dan pantai Mok nik Monica Bay, boleh call pakcik, mesin basuh, Astro Njoy, Bilik air cond, dapur, peti ais, semua ada!
Harga RM800 sahaja sebulan, tapi boleh bincang lagi tu jika korang pernah baca buku pakcik, so whatapp, telegram, atau hantar burung merpati ke 0199117163.
Akhir kata, beli kereta atau beli rumah? Mana dulu?
Sewa rumah pakcik dulu, lepas tu baru fikir.
Woha!
Ps: Kepada friend yang kenal penduduk Kemaman, mohon share. Rumah area Taman Perwaja. Tiga bilik tidur, dua bilik air. Semua perabot lengkap.

Rumah pertama saya

Aku masa bujang, memang bercita cita nak beli rumah sebelum kahwin.

Untuk itu, aku tak beli kereta baru, gaji pertama, aku beli almari buku dan sedikit buku, gaji seterusnya aku beli buku dan penuhkan almari dengan buku yang boleh aku belajar serba sedikit tentang pengurusan wang, dan falsafah hisup. Gaji ketiga aku beli computer, bapak mahal, rm3000, pada tahun 2000. Aku beli second hand dengan jurutera mexico yang kerja satu kilang dengan aku. 

Beliau beli Rm6000., jadi aku Bayar rm1000 sebulan selama tiga bulan siap dengan pekej, belajar hardware dan software komputer. Terkejut awek awek tengok mat saleh keluar masuk rumah sewa aku. Berkat belajar computer dan internet, aku berjaya jadi blogger yang agak terkenal dan sekarang dah ada 10 buku di pasaran, alhamdulillah.

Sambung cerita semula, Setahun bekerja, aku dah planning nak beli rumah, waktu tu aku hanya ada sebuah motor RXZ, (beli second hand waktu belajar guna duit biasiswa) dan aku juga planning nak kahwin awal, jadi aku beli kereta dahaitsu cherede RM2500 untuk pikat hati mak mertua.

Yelah, mak mertua mana sanggup tengok anaknya basah naik motor.

Alhamdullilah, bakal bini aku tak malu langsung aku pakai kereta buruk, sebab aku jelaskan, duit yang ada nak beli rumah, pendek cerita, alhamdulillah, sebelum kahwin dapat beli rumah (sekarang dah jadi Woha Homestay ini).

Lepas kahwin, puan bini beli rumah teres di Kuantan, jadi aku berheti kerja di kemaman, dan pindah di Kuantan, jadilah rumah ini homestay yang korang sewa sebelum ini.

Awal kahwin beli kereta proton wira second hand ganti kereta dahaitsu buruk (jual RM2000 kepada ejen MLM sureco di Paka) , jual juga motor RXZ untuk tambah bayar muka, lepas anak dan tiga orang, baru beli MPV baru, pelan pelan kayuh, lepas tu puan bini dapat keluarkan KWSP, duit tu guna untuk beli tanah. (sekarang sedang bina rumah, jika dah siap, tambah lagi satu homestay di kuantan-lain kali cerita bab ini)

Panjang nak cerita, selamat bermalam di homestay kami, moral cerita, jangan malu pakai barang second hand jika matlamat anda jelas.

Woha homestay, Cherating dan Kemaman, ada Aircond, astro, dapur, mesin basuh dan lain lain.

RM150 semalam, 0199117163/0199227963 




Galeri Gambar terbaru


RM 150 semalam, Call Puan Hani: 0199227963 atau En Woha: 0199117163































Kereta pertama saya

Kereta Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. sayang betul, rupanya tak ada satu pun aku ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.

(kredit gambar kereta ni aku ambik dekat forum carigold.com)

Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan bulan, dan kereta inilah aku guna untuk pikat hati mertua aku dan bini aku lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.

Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.

Sabar betul bini aku kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini aku jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.

Kenapa aku beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800?

Sebab aku beli rumah dulu, tak ada siapa ajar aku buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi aku yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga murah (dibandingkan zaman sekarang), walaupun aku kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab aku tak ada komitment lain.

Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru aku beli kereta proton wira yang ada aircond, dan masih guna sampai sekarang sebagai second car. Selain kereta MPV sebab anak dah ramai.

Umur kereta wira tu dah 22 tahun, tapi power window dan air cond masih ok sampai sekarang, rezeki aku kot, ha ha.

Waktu beli proton wira aku jual kereta charade aku ni dekat ejen MLM Suraco, pernah nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.

Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya.


Rumah pertama aku sekarang dah buat Homestay. Jika korang datang Kemaman atau Cherating nak tengok penyu bertelur, boleh tempeh Homestay aku, RM150 sahaja semalam- sempat promote tu-woha!

Ps: Woha homestay, Cherating dan Kemaman, ada Aircond, astro, dapur, mesin basuh dan lain lain.
RM150 semalam, boleh whatsapp: 0199117163/0199227963

selamat tahun baru!

terniki, 30hb hingga 1 january sudah di tempah. Tarikh lain masih ada

rm150 semalam.

call/wasap:  0199117163/0199227963

Ipar Duai di Homestay

Ada kawan bagitahu dia ada menulis isu Ipar Duai dalam majalah keluarga.

Nanti boleh kot saya beli dan letak di HOMESTAY. he he